Artikel

Mengenali Islam dengan Huruf-Huruf Jawi: Ensiklomini Ibadah untuk Kanak-Kanak

oleh Nurul Aida Abd Aziz pada 19 Feb 2014

Harapan setiap ibu bapa pastinya mahu memiliki anak yang soleh. Dan anak mereka inilah yang akan mendoakan kesejahteraan untuk mereka pada bila-bila masa.

Justeru, impian untuk memiliki anak yang soleh perlu digandingkan dengan usaha yang berterusan. Kenalkan mereka dengan Tuhan, dedahkan tentang Islam, dan ajar mereka beribadah.

Asas untuk mereka mengenal Tuhan dan suka beribadah boleh dimulakan dengan buku Ensiklomini Ibadah untuk Kanak-Kanak.

Anak-anak dapat mengenali Islam dengan huruf-huruf jawi yang menjadi asas kepada tulisan Arab dan al-Quran. Mengenali huruf jawi memudahkan anak-anak membaca al-Quran. 

Menerusi lukisan kartun yang comel dan ilustrasi yang menarik, buku ini mampu memupuk minat anak-anak untuk membaca dan belajar tentang Islam.

Semua muka surat buku ini penuh berwarna-warni dan penuh keceriaan untuk tatapan anak-anak.

Gaya bahasanya juga mudah, dikayakan lagi dengan kosa kata Arab, Inggeris, dan Jawi. Ilustrasi buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni untuk diikuti oleh anak-anak.

Semoga kehadiran buku yang comel dengan kartun yang menarik ini dapat memupuk sifat cintakan ilmu dalam diri anak-anak.

Pastinya Ensiklomini Ibadah untuk Kanak-Kanak ini boleh dijadikan hadiah yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024