Artikel

Merungkai Persoalan Umat Islam : Membongkar Misteri 3 Masjid

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 25 Nov 2014

Penulis buku best-seller 50 Misteri yang Menggemparkan Dunia, kini datang lagi dengan buku baru. Kali ini mereka mengkaji dan mengetengahkan misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi, dan Masjidil Aqsa.

Ada pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun, namun belum dirungkai kebenarannya. Kisah-kisah ini menjadi tumpuan masyarakat dunia namun tidak terlepas daripada pengaruh mitos, khurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan kesesatan akidah.

Sesuai dengan semangat ayat 6, surah Al-Hujurat, “Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,” penulis bertiga ini mendalami cerita-cerita ini bagi menentukan kesahihan dan rahsia-rahsia di sebaliknya.

Sekalipun hanya fokus pada tiga tempat, tetapi ada banyak misteri yang terjawab. Antaranya adalah:

1. Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?

2. Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?

3. Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?

4. Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi

5. Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock), serta banyak lagi.

Dengan bantuan buku yang sepenuhnya berwarna ini, jangan kita biarkan hidup kita diselubungi misteri lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024