Artikel

Misi Menyelamatkan Puteri: Tunas Super- Fairies of Carina

oleh Amirah pada 15 Apr 2015

Buku Fairies of Carina ini bukan buku biasa-biasa, ya. Sebab ini buku Tunas Super.

Tunas Super itu apa?

Tunas Super ini siri buku hebat. Sebab apa hebat? Sebab yang tulis buku-buku Tunas Super ini semuanya penulis muda-muda. Muda setakat mana? Muda betul. Ada yang sekolah menengah, dan ada yang sekolah rendah.

Contohnya seperti penulis buku Fairies of Carina ini. Farrah Hana baru berumur 13 tahun. Yang lebih hebat, dia tidak menulis seorang. Kembarnya, Farrah Hani pun menulis juga.

Novel Fairies of Carina ini buku pertama Farrah Hana. Ceritanya menarik. Bukan kisah biasa-biasa. Dalam buku ini, Farrah Hana bercerita tentang Joana. Joana ini anak tunggal Encik Zulkifli dan Puan Emma.

Apa yang luarbiasanya?

Siapa sangka, Joanna adalah seorang puteri! Kedatangan Viola dan Cindy, dua pari-pari yang membawa misi menyelamatkan Carina daripada Si Merican yang jahat, mendedahkan rahsia ini.

Apa yang terjadi seterusnya? Adakah Joana akan selamat?

Jawapannya ada dalam buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024