Artikel

Misi Mustahil dan Mendebarkan: Misi 4 Flat

oleh Khairul Aswad Khairul Anuar pada 29 Jun 2015

Di zaman persekolahan, mendapat keputusan semua A dalam setiap subjek pasti diidamkan oleh semua pelajar.

Andai ada pelajar yang berjaya mendapat keputusan sebegitu, pasti ibu bapa akan berbangga sehingga ada yang sanggup bercerita pada jiran-jiran di mesyuarat tingkap.

Kita sebagai anak, pasti berasa seronok kerana dapat membuat ibu bapa kita bangga. Di universiti, penilaian pelajarnya dinilai dengan menggunakan sistem pointer dan yang paling baik adalah 4 flat.

Dua Pekomik bestseller PTS ini sekali lagi meneruskan misi mereka dalam menghasilkan satu komik yang berilmiah untuk para pembacanya.

Tidak hairanlah naskhah ini menjadi buku paling laris terjual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam misi kali ini, pembaca akan didedahkan serba sedikit dengan kehidupan di universiti yang ternyata berlainan suasananya berbandingi zaman persekolahan.

Fizi bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Di universitinya, terdapat satu program untuk mencari angkasawan kedua negara.

Namun, syarat utamanya adalah calon mestilah mendapat 4 flat dalam peperiksaan. Disebabkan itu, Fizi berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan pointer tersebut. Namun, pensyarah matematiknya yang misteri membuatkan angan-angannya terasa jauh.

Mat pula adalah pelajar tajaan Malaysia ke universiti luar negara. Di sana, Mat menghadapi pelbagai dugaan sepanjang tempoh pembelajaran kerana rata-rata pelajar di sana adalah anti-muslim.

Malah, pensyarah subjek Kalkulusnya juga begitu di mana tiada walau seorang muslim pun yang berjaya lulus dalam kelasnya.

Adakah Fizi dan Mat berjaya mendapat 4 flat seperti yang mereka idamkan? Adakah Fizi berjaya menjadi seorang angkasawan negara?

Bagi Mat pula, adakah dia berjaya mengharungi gelombang Islamophobia di luar negara dan seterusnya lulus dalam kelas Prof. David? Ingin tahu?

Marilah kita sama-sama dapatkah naskhah komik ini!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024