Artikel

Misi yang Terungkai: S.P.Y Junior

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 28 Apr 2015

Buku SPY Junior ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nazmi yang sering berpindah-randah disebabkan tuntutan pekerjaan bapanya iaitu Encik Helmi.

Namun begitu, Nazmi seorang yang pandai membawa diri dan pandai berkawan. Di tempat baru, Nazmi telah berkawan rapat dengan Zafri, seorang yang sangat mesra dan baik hati.

Permulaan kisah ini digarap dengan sangat baik kerana para pembaca pasti tidak menyangka apakah pekerjaan sebenar ayah Nazmi iaitu Encik Helmi, sehingga menyebabkan mereka sekeluarga berpindah-randah.

Bermula detik itu, Nazmi dan Zafri ditugaskan untuk menjadi perisik setelah mereka menemui sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah alami sebelum ini.

Adik Farrah Hani pasti seorang yang sangat menggemari aktiviti lasak kerana bijak mengatur plot cerita yang penuh aksi  di mana Nazmi dan Zafri ditugaskan untuk menyiasat siapakah identiti Dayana, wanita misteri yang sering muncul di rumah Nazmi.

Dapatkah mereka menyelesaikan misi mereka? Ketahui perjalanan misi pertama mereka berdua yang penuh aksi mendebarkan di dalam buku ini!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024