Artikel

Mungkin Anda Rasa Komik Ini Biasa, Tapi Bagi Saya Komik Ini Sentap Habis

oleh Sarah Humaira pada 10 Apr 2017

Dari kecil kita biasa disajikan dengan watak adiwira yang memiliki satu kuasa yang luar biasa. Yang mana kuasa tersebut dihasilkan bukan daripada dirinya sendiri. Seperti adanya campuran genetik, mutant, alat bantuan yang canggih, perkahwinan antara manusia dengan dewa dan banyak lagi.

superheroes

Komik Cun #2 - Generasi memiliki kaedah tersendiri untuk menyampaikan bagaimana konsep adiwira (superheroes) dihasilkan. Tidak harus memiliki kuasa yang luar biasa dan campur tangan bendasing, sifat adiwira sebenarnya terdapat pada diri setiap manusia. Senang kata sesiapa pun boleh jadi hero, giteww.

komik cun

Mesej yang disampaikan juga berbeza dengan komik-komik lain di pasaran. Ianya memainkan peranan emosi dalam memahami jalan cerita dan mampu menghasilkan perspektif yang berlainan pada si pembaca. Tak ketinggalan juga gaya persembahan karya yang unik pada setiap tajuk cerita.

“Mereka yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan adalah hero sebenar.”

Perasaan simpati merupakan salah satu sifat adiwira. Lumrah manusia suka akan kebaikan dan semangat itu datangnya dari suara hati.

Sifat sukarelawan atau ingin menjadi hero sesuai diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Rasa untuk menjadi hero tanpa mengira siapa diri kita. Walaupun komik ini senyap tetapi boleh tahan sentap.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024