Artikel

Mungkin Kita Gila Jika Wujudnya Simptom Ini

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 26 Oct 2016

Akal menjadi satu neraca bagi menilai hakikat kemanusiaan. Ini adalah nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada kita bagi mengangkat darjat sebagai makhluk.

Nikmat kewarasan ini sering kita lupakan kerana ia tidak datang dalam bentuk material seperti yang kita selalu kaitkan dengan nikmat Tuhan. Adakah kita masih waras ataupun mempunyai masalah mental?

gila

Penyakit mental termasuk dalam kategori penyakit penyakit anxiety atau neurosis. Antara gejala penyakit ini adalah:

1. Mengalami obsesi ( sesuatu yang menggangu dan menghantui pemikiran ) dalam bentuk pemikiran ataupun bayangan dalam minda.

Contohnya, dalam kes tadi, fikiran was-was berkenaan kekotoran yang belum dibersihkan dengan sempurna dan kerisauan ini berlegar dalam fikiran secara terus menerus dalam tempoh yang lama dan sukar ditenteramkan .

2. Kebiasaanya orang yang mengalami obsesi ini sedar, fikiran itu tidak normal, namun sukar bagi mengelakkannya. Dalam istilah psikologi disebut sebagai ego dystonic, menggambarkan perilaku ataupun pemikiran bertentangan dengan kehendak individu, tetapi sukar dielakkan.

MENARIK: Bagaimana Kita Memandang Orang GIla?

MENARIK: Perlukah Orang Gila Dihina?

gila 3

3. Sebarang usaha bagi mengabaikan ataupun melawan obsesi ini menyebabkan pesakit menjadi resah dan gelisah.

4. Obsesi ini kebiasaannya diikuti dengan perbuatan kompulsif, iaitu reaksi terhadap obsesi yang wujud.

Contohnya, seseorang yang obses dengan kekotoran menyebabkan dia membasuh tangannya berulang-ulang kali sekalipun sudah jelas kotoran itu sudah tiada.

gila 5

Reaksi kompulsif ini kebiasaanya mengurangkan kegelisahan yang datang sebelumnya. Obsesi dalam OCD datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya:

1. Perasaan was-was berkenaan kesempurnaan sesuatu perkara seperti dalam ibadah, mengunci pintu, dan sebagainya.

2. Perasaan was-was dengan kebersihan.

gila 6

3. Obses dengan kesempurnaan bentuk ataupun kedudukan. Contohnya, setiap barangannya mesti disusun mengikut aturan saiz dan sama padan.

4. Perasaan sangsi pada kepercayaan, berasa diri melakukan syirik, mempersoalkan konsep ketuhanan dan sebagainya.

5. Obses dengan mengira.

Contohnya, masa dihabiskan dengan mengira dalam kepala apa sahaja  yang dilihat. Ada juga obses dengan nombor-nombor tertentu yang asyik muncul dalam fikiran.

gila 7

7. Obses dengan tema seksual.

Contohnya, bayangan lucah yang sentiasa muncul dalam fikiran tidak kira keadaan, fikiran-fikiran tentang homoseksualiti datang dalam fikiran.

8. Obses dengan tema keganasan. Terletak kehendak melakukan perbuatan agreasif dalam fikiran biarpun ini bertentangan dengan kehendak dan prinsip hidup.

gila 8

Penyakit ini sememangnya memberi kesan emosi dan fizikal kepada penghidap. Mereka kebiasaannya hidup dalam keadaan gelisah, tertekan sehingga menjadi sensitif, kurang bergaul, dan tidak berfungsi dengan baik dalam kehidupan.

Akibatnya, mereka mudah mendapat masalah mental lain seperti kemurungan.

Sekiranya pembaca mengalami sebarang masalah mental yang memerlukan perhatian, pembaca disarankan bagi mendapatkan nasihat profesional.

gila 9

Untuk bacaan lanjut, anda bolehlah dapatkan buku Aku Nabi Isa! terbitan Puteh Press Kisah yang dikongsikan adalah olahan kisah benar daripada pengalaman bekerja DR. Rozanizam Zakaria di beberapa unit psikiatri di Adeilaide, Australia.

MENARIK: Beli Aku Nabi Isa secara Online di Bookcafe Lebih jimat

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024