Artikel

Nak Bergaya Ala-Ala Diva, Mari Baca Buku Ini

oleh `Ismah Maisarah AMY pada 18 May 2016

Berita hangat! The Wannababes kembali! Lebih dramatik, lebih emosional, dan yang paling penting lebih bergaya. Kini, Blink Book menerbitkan sebuah lagi siri buku Aku Mahu, iaitu Aku Mahu Bergaya.

Buku ini mengisahkan Linda, seorang ahli Wannababes yang tidak akan ketinggalan untuk mengikuti gaya fesyen terkini sehingga diberi gelaran Trendsetter in Bangsar.

Kehadirannya di sekolah pasti mendapat perhatian orang di sekeliling dengan lagaknya yang bergaya sambil menyandang beg kulit berjenama serta memegang dompet eksklusif rekaan  pereka antarabangsa.

Sebagai seorang ahli The Wannababes, Linda memastikan dirinya cukup bergaya setanding dengan ahli The Wannababes yang lain.

Linda begitu arif mengenai aliran fesyen. Dia akan mendapatkan informasi terkini mengenai warna, material, serta aksesori yang menjadi pilihan remaja masa kini.

Demi mengekalkan imej yang bergaya, pelbagai usaha yang dilakukan oleh Linda sehingga dia ditangkap kerana mencuri? Benarkah?   

Sebenarnya, ada rahsia di sebalik beg berjenama yang dimilikinya. Kisah yang dirahsiakan oleh Linda daripada ahli The Wannababes.

Sekiranya rahsia ini terbongkar, pasti Linda digugurkan daripada menjadi ahli The Wannababes! Apakah rahsia yang Linda selindung daripada The Wannababes? Mahu mengetahui kisah Linda selanjutnya, dapatkan buku Aku Mahu Bergaya!

Buku ini bukan sahaja mengenai fesyen terkini, malah memaparkan erti sebuah persahabatan bukan diukur dari luaran seperti latar belakang keluarga mahupun rupa seseorang.

Tetapi, perlu menjalinkan hubungan persahabatan itu dengan ikhlas, saling tolong-menolong, serta menghormati antara satu sama lain.

Anda fikir anda cukup bergaya?

Lengkapkan gaya anda dengan dapatkan buku Aku Mahu Bergaya!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024