Artikel

Nikmat Ibadah: Bahagianya Apabila Puasamu Diterima Allah

oleh Noor Hidaya Arshad pada 23 Jun 2015

Bahagianya jika Allah menerima puasa kita. Bahagianya kita dapat menegakkan satu daripada tiang-tiang agama selain mengucap syahadah, solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

Tetapi kita perlu menimba ilmu yang benar supaya ibadah itu bertepatan dengan syarak. Naskhah inilah jawapannya.

Ilmu daripada buku ini amat lengkap. Bermula dari penerangan tentang latar belakang ibadah puasa hingga ke perkara fiqh tentangnya.

Huraian yang diberikan mudah difahami kerana penggunaan bahasa yang ringkas serta diperkukuhkan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih.

Susun atur grafiknya juga menarik dan sangat menangkap mata.

Naskhah ini secara keseluruhannya menjurus kepada topik berkaitan puasa di Ramadan tetapi ia ada juga menyelitkan penerangan tentang puasa-puasa lain.

Topik berkaitan iktikaf, lailatul qadar, zakat fitrah dan solat sunat aidilfitri juga dibincangkan.

Antara topik menarik yang disajikan ialah langkah-langkah mengoptimumkan ibadah puasa. Ia merangkumi panduan-panduan peningkatan sudut jasmani dan rohani.

Setiap panduan disertakan huraian-huraian dan tips-tips. Diketengahkan juga kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan masyarakat agar boleh diambil iktibar.

Buku ini bukan sahaja dijadikan panduan oleh golongan yang wajib berpuasa tetapi boleh dijadikan bahan rujukan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menunaikan ibadah penting ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024