Novel Anarkis Bawa Latar Peperangan Di Bosnia dan Konsep Militer

oleh Asri Yussof pada 30 Apr 2017

Novel ANARKIS dan Anarkis Bangkit yang ditulis oleh Tuan Khairul Nizam Khairani dan diterbitkan oleh Penerbit X telah mengangkat novel yang mengambil latar ketika peperangan di Bosnia yang berlaku pada tahun 1992-1995.

anarkis

Khairul Nizam Khairani memberitahu di acara Bicara Buku pada petang tadi di Pavilion PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 yang diadakan di PWTC.

Dalam acara itu beliau memberitahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu sebenarnya ketika peperangan di Bosnia berlaku, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menghantar askar dan polis untuk bekerjasama membantu rakyat Bosnia.

penerbi x

Peperangan Bosnia yang bermula pada 6 April 1992 itu berlaku atas sebab peperangan etnik, agama dan kaum. Bukanlah seperti yang sering diberitahu iaitu Bosnia lawan Serbia. Tetapi sebenarnya antara Bosnia dan Herzegovina (Selatan Bosnia).

Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia. - Sinopsis Novel ANARKIS

demi dara

Dato Abdul Rahim Awang, penulis novel Demi Dara dan Jin-Tina yang turut menjadi panelis di acara Bicara Buku tersebut menambah, Filem Black Hawk Down dari Hollywood juga tersilap memaparkan sejarah peperangan di Somalia.

Kata beliau, askar dalam filem itu sepatutnya adalah askar-askar dari Malaysia. Tambahnya lagi, banyak konflik dunia yang mempunyai penglibatan tentera Malaysia yang ramai orang tidak tahu.

Novel kedua Dato Abdul Rahim Awang, Demi Dara mula dijual di PBAKL 2017 sejak semalam. Ini adalah novel kedua beliau selepas 9 tahun menyepi dalam dunia penulisan dan industri buku negara. Novel pertama beliau bersama Penerbit-X adalah Jin-Tina yang diterbitkan di PBAKL 2016 tahun lalu di MAEPS Serdang.