Artikel

Novelis PTS Kongsi Cerita Bersama Kementerian Wanita

oleh Roziyah pada 22 Nov 2011

Dua novelis terkemuka PTS dijemput berkongsi cerita mengenai dunia penulisan bersama kakitangan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat esok.

Tuan Bahruddin Bekri dan Tuan Zahiruddin Zabidi akan menjadi tetamu dalam forum bual bicara yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain memberi penerangan mengenai dunia penulisan tempatan, PTS juga turut menyediakan pelbagai buku menarik dan terkini dengan diskaun istimewa khas dalam program ini.

Sertai kami di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Aras 1, Block E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk On, Kuala Lumpur pada 23 November 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024