Artikel

Pakej Istimewa Zaryl Amzani PBAKL 2013

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Zaryl Amzani mempunyai pengaruh luas dalam dunia penulisan novel. Beliau seorang novelis yang mampu membuatkan fikiran anda melayang dan ketawa sendirian ketika membaca hasil nukilannya.

Bermula dari tarikh 26 April hingga 5 Mei, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC peminat semua boleh mendapatkan koleksi novel comel beliau. Pakej Istimewa Zaryl Amzani yang ditawarkan terdiri daripada tiga judul iaitu Kelab Gadis Ayu, Kelab Jejaka Tampan  dan Kelab Rahsia Hati.

Dipetik daripada komen di portal PTS, Hazierah Mazlan mengatakan, “Bagus! Sakit perut gelak.” Manakala seorang lagi testimoni iaitu Nursyazwany Mohd Termizi “Novel Kelab Gadis Ayu syok sangat,Kelab Jejaka Tampan lebih syok!”

Jadi dengan hanya bermodalkan RM40, peminat boleh mendapatkan tiga judul buku yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang yang ada, mari pakat beramai-ramai serbu Arena Buku PTS!

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024