Artikel

Pakej Novel Islami Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Kehangatan PBAKL 2013 kian terasa. Ia ditambah lagi dengan dua pakej menarik yang PTS tawarkan. Pakej yang dimaksudkan ialah Pakej Novel Islami.

Pakej pertama tiga buku dengan nilai RM40. Judul-judul yang terpilih ialah Opera di Gontor, Maria dan Jangan Biarkan Surau Ini Roboh. Novel-novel ini memberi motivasi dan membuatkan kita jatuh cinta dan bertambah nilai cinta kita terhadap agama Islam.

Pakej kedua daripada penulis hebat Indonesia iaitu Tere-Liye. Hasil nukilannya kini ditawarkan dengan harga runtuh iaitu RM45 untuk tiga buah judul buku. Antara judulnya ialah Moga Bonda Disayang Allah, Bidadari-bidadari Syurga dan Rembulan Tenggelam di Wajahmu.

Dapatkan segera hanya di Arena Buku PTS, semoga dengan promosi daripada PTS ini dapat menambah ilmu para peminat bersesuaian dengan tema PTS kali ini Buku Untuk Semua.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024