Artikel

Panggilan daripada Hati: Nada Dering Cinta

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 22 Aug 2014

Nada Dering Cinta mengisahkan tentang seorang gadik kampung, Farhana. Oleh kerana Farhana sudah bosan tinggal di kampung, dia membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar bersama teman rapatnya, Wahida.

Setibanya di bandar, Idzuan merupakan lelaki yang memperdayakan Farhana dengan menawarkan telefon idaman Farhana.

Farhana yang terlalu baru di bandar itu menjadikannya seorang yang cepat mempercayai Idzuan dengan meminjamkan wang kepada lelaki itu.

Kelakuan Farhana diperhati dua rakannya iaitu Wahida dan Zulkarnain. Mereka banyak menasihati Farhana tetapi tidak memberi kesan dan telah mencetuskan pergaduhan antara mereka bertiga.  Apakah yang terjadi selepas itu? Adakah mereka dapat menyelamatkan keadaan Farhana? Dapatkah Farhana memiliki telefon idamannya?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran anda atau secara online di www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024