Artikel

Pasport ke Korea!: Tunas Super- Annyeonghaseyo!

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 14 Apr 2015

Adik-adik kenal Lee Min Ho? Kenal Park Shin Hye? Kalau kenal, pasti buku ini sangat sesuai untuk adik-adik. Kalau tidak kenal pun, inilah masanya. Sebab sekarang ini, siapa tidak tengok cerita Korea, dia ketinggalan zaman.

Jangan takut. Ceritanya tentang Korea, tetapi bahasanya tetap bahasa Melayu. Bukan sahaja bahasa Melayu, bahkan bahasanya pun tetap betul seperti yang cikgu mahu. Jadinya, sambil-sambil baca perihal Korea, boleh bantu baiki bahasa juga.

Bagus, bukan?

Annyeonghaseyo adalah cerita berkenaan empat sekawan. Ada Hariry, Umai, Hanna, dan Lyla. Mereka ini semuanya minat lagu Korea. Semuany minat K-Pop. Oleh sebab mereka minat K-Pop, mereka tentulah ada cita-cita mahu ke Korea.

Satu hari, Hariry ternampak satu poster pertandingan. Yang seronoknya, siapa menang pertandingan ini, mereka akan diterbangkan ke Korea Selatan. Wow!

Apa yang kurang seronoknya adalah ada yang cemburu. Ada yang tidak mahu mereka tiba di Korea. Ada yang mahu gagalkan usaha mereka untuk menang.

Siapa orang itu? Kenapa dia cemburu? Apa pula yang dia lakukan dan bagaimana empat sekawan ini mahu mengatasinya?

Dapatkan buku Annyeonghaseyo.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024