Artikel

PBAKL 2017 Dikembalikan Semula ke PWTC

oleh Asri Yussof pada 24 Oct 2016

Rata-rata peminat buku dalam kalangan pembaca dan penerbit menyambut baik berita Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan dikembalikan semula ke Putra World Trade Centre (PWTC) pada tahun hadapan, 2017.

KLIBF

Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) melihat kepada permintaan yang tinggi dari kalangan pempamer utama yang inginkan PBAKL dikembalikan semula ke PWTC berbanding acara PBAKL yang diadakan di MAEPS, Serdang pada tahun ini yang jauh dari bandar Kuala Lumpur.

MABOPA

Sumber foto: Facebook MABOPA

Pengerusinya, Ishak Hamzah menulis di facebook,

Ada permintaan yang kuat untuk PBAKL di PWTC & di MAEPS. Kami juga dapati kedua-duanya mempunyai kekuatan, malah demografi yang berbeza. Lalu kami mengadakan pertemuan dengan pempamer-pempamer utama, sekelompok besar mahukan PBAKL di kembalikan ke PWTC. Lalu dengan mengambil kira antara potensi perkembangan dan tarikan sedia ada, PBAKL dikembalikan ke PWTC pada tahun hadapan. Pesta buku kedua berskala besar akan dianjurkan di MAEPS pada tarikh yg berbeza.

Tahun ini, sepanjang berlangsungnya PBAKL di MAEPS dan selepas berakhirnya acara tersebut, rata-rata pengunjung dan pempamer menulis di media sosial secara serius agar PBAKL dikembalikan semula ke PWTC melihatkan kepada situasi susun atur dan banyak kelemahan lain yang berlaku di MAEPS.

PBAKL di MAEPS

Sumber foto: Jurugambar PTS
Kontrak PBAKL 5 Tahun Bersama MAEPS

Isu yang hangat diperkatakan sebelum ini tentang penganjuran PBAKL yang sudah menandatangani kontrak penganjurannya selama 5 tahun bersama pihak MEPS adalah tidak benar. Malah sebenarnya, perkara ini sudah dijawab oleh Ishak Hamzah kepada Berita Harian pada 16 Mei yang lalu,

Tidak ada isu 5 tahun atau berapa tahun kerana penganjuran dibuat berdasarkan pengiraan perniagaan kepada pempamer dan penganjur.

pbakl di MAEPS

Sumber foto: Jurugambar PTS
Pesta Buku Kedua Berskala Besar Bakal Dianjur di MAEPS

MABOPA dilihat mengambil langkah yang bijak dengan tidak menolak penerimaan orang ramai dengan penganjuran PBAKL pada tahun ini di MAEPS yang dilihat mempunyai kelebihan dari segi ruang parkir dan tidak perlu bersesak kerana ruang awam yang lebih luas dan besar.

MAEPS

Sumber foto: http://vmo.rocks/

Ishak Hamzah dalam membincangkan perkara yang sama mendedahkan, Pesta Buku yang kedua dalam skala yang besar juga dan akan dianjurkan di MAEPS kerana tidak ingin menolak adanya permintaan yang agak besar untuk kekal di MAEPS.

PBAKL di MEPS

Sumber foto: Jurugambar PTS

Kami berpandangan bahawa penggiat dan pembaca buku sudah bersedia untuk ‘Pesta Buku Kedua’ sebagaimana Jakarta yang ada tiga pesta buku. Konsepnya masih dalam perancangan MABOPA. Tarikh yang kami jangkakan mungkin sekitar Ogos dgn lokasinya di MAEPS. Sasaran kami antara 3 - 5 tahun, ‘Pesta Buku Kedua’ akan menjadi satu lagi jenama besar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024