Artikel

Pejuang Islam di Lautan: Hayreddin Barbarossa

oleh Aminah Harun pada 11 Jul 2014

Seringkali kita terdengar kisah laksamana Islam yang diburuk-burukkan oleh pihak Barat dengan menuduh mereka sebagai raja lanun. Oleh itu, mari kita kenali laksamana laut Islam yang telah banyak berjasa kepada Islam.

Terbitan buku terbaru daripada penulis novel sejarah terkemuka, Abdul Latip bin Talib bertajuk Hayreddin Barbarossa mengisahkan tentang perjuangan laksamana laut Islam yang unggul. Mereka ini bertanggungjawab membantu kerajaan Turki Uthmaniyyah menguasai laut Mediterranean.

Hizir bin Yaakub Aga yang dikenali sebagai Hayreddin Barbarossa merupakan laksamana laut yang terkenal pada zaman Uthmaniyyah. Tugas beliau adalah menjaga perairan laut daripada kuasa asing yang rakus. Kisah perjuangannya bermula sebagai pelaut ketika membantu perniagaan tembikar bapanya, Yaakub.

Perjuangan laksamana laut ini diteruskan dengan membela empayar Islam di laut Mediterranean. Kisah ini menceritakan detik yang dilalui oleh laksamana laut dengan air mata dan darah dalam mengharungi peperangan.

Semangat perjuangan dan kegigihan mereka diwarisi oleh ayahandanya. Kebijaksanaan dalam mengatur strategi peperangan juga amat dikagumi oleh seluruh umat Islam ketika itu. 

Dapatkan kisah perjuangan laksamana laut Islam ini pada harga yang berpatutan di kedai buku yang berhampiran atau secara online di www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024