Artikel

Pelajari Isyarat Bahasa Badan Manusia: The Definitive Book of Body Language Edisi Bahasa Melayu

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 03 Mar 2015

Apa yang kelihatan di mata, tidak semestinya sama maknanya di hati.

Ada senyuman yang datang daripada kegembiraan tetapi ada pula senyuman yang lahir kerana mahu menutup rasa bimbang. Mungkin orang itu berpeluk tubuh kerana dia sejuk. Tetapi mungkin juga dia berpeluk tubuh kerana defensif.

The Definitive Book of Body Language adalah buku unik yang melihat ‘rahsia’ di sebalik bahasa badan. Senyum, peluk tubuh, kenyit mata, gerak tangan, dan banyak lagi, semuanya ada maksud tersurat, dan tersirat.

Mengetahui bahasa badan sangat penting. Ini kerana perkataan kita sebenarnya cuma menyampaikan sebahagian kecil sahaja mesej daripada komunikasi. 50% ke 70% komunikasi datang terus daripada bahasa badan semata-mata. Betul fahaman kita berkenaan bahasa badan seseorang, betullah kita.

Salah kita menafsir bahasa badan, salahlah fahaman kita berkenaan apa yang dia mahu sampaikan.

Antara topik menarik adalah bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang, isyarat badan Si Penipu, isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, serta solekan wajah, dan magik di sebalik senyuman wanita.

Disampaikan oleh pakar perhubungan terkenal serta penulis best-seller Allan dan Barbara Pease, siapa tidak beli, dia rugi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024