Artikel

Pembongkaran Kebenaran di Sebalik Kekejaman: Dracula VS Al-Fateh

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 26 Nov 2014

Nama Dracula sering disebut-sebut. Sangkaan kita, nama ini hanyalah cerita. Dongeng Barat yang direka-reka.

Siapa sangka yang Dracula memang benar-benar wujud? Lebih menakjubkan, Dracula ini pernah hidup sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dalam buku ini, ada banyak fakta yang mengejutkan. Antaranya: 

1. Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh.

2. Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh.

3. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh tidak dibunuh Dracula.

4. Bahkan Dracula-lah yang dibunuh oleh tentera Sultan Al-Fateh.

5. Wujudnya watak bernama Radu, adik-beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah.

6. Radu adalah pemburu Dracula, seolah-olah watak sebenar yang menginspirasi Van Helsing.

7. Sewaktu menentang Sultan Al-Fateh, Dracula tidak berseorangan. Ada kuasa lain yang menolongnya. Tetapi kuasa itu bukanlah ‘vampire’.

8. Dracula sangat kejam. Kekejamannya paling menyerlah melalui kaedah sula yang digunakan bagi membunuh musuh-musuhnya.

9. Sekiranya umat Islam memandang Sultan Al-Fateh sebagai hero, kebanyakan rakyat Transylvania menganggap Dracula sebagai hero yang mempertahankan negara.

10. Nama Dracula membawa dua sisi yang berbeza: Naga yang dikaitkan dengan keberanian, dan juga syaitan yang berkait dengan kejahatan.

Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah. Ia bukan novel mahupun cerita legenda.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024