Artikel

Pemenang Kempen Beli Buku PTS @ AEON BIG dan Percutian ke Pulau Redang

oleh Amirah pada 22 May 2014

Buat julung kalinya, PTS Media Group menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah entiti pasaraya terbesar dalam negara iaitu pasaraya AEON BIG dan juga agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, Catalogue Travel, yang merupakan penaja rasmi bagi percutian pemenang peraduan ini. Kempen ini dinamakan Kempen Beli Buku PTS di AEON BIG dan Menangi Percutian.

Pertandingan ini berakhir pada 31 Januari 2014 dan seramai lima pemenang diiringi empat petugas dari PTS menikmati pakej percutian eksklusif bernilai RM 1500 selama 3 hari 2 malam ke Pulau Redang.  

Selain itu, pertandingan yang berlangsung selama dua bulan ini dijalankan di AEON BIG seluruh Malaysia. Ia bertujuan bagi meraikan bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2013.

Berikut merupakan senarai pemenang yang bertuah:

  1. Ahmad Syafique Ahmad Sasman

  2. Amirul Fahmi

  3. Dakiyah Mohd Amir

  4. Mohd Azhaz Azudin

  5. Muhammad Zaidi Zainal Abidin

  6. Siti Fatimah Dahlan

PTS mengucapkan sekalung tahniah kepada para peserta yang memenangi pertandingan ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024