Artikel

Penerbit Islami Gabung Tenaga Sambut Tahun Baru

oleh Roziyah pada 27 Dec 2011

Bagi menyambut tahun baru masihi yang tiba tidak lama lagi, penerbit buku Islami di Malaysia bergabung tenaga bagi meraikan sambutan tahun baru 2012.

Penerbit berbahasa Melayu Nombor satu di Malaysia, PTS bersama penerbit yang semakin meningkat naik namanya, PSN membawakan program Sambutan Tahun Baru pada 31 Disember ini.

Membawa kelainan, PTS bersama PSN membawakan pelbagai program menarik yang memberi informasi dan manfaat kepada pengunjungnya.

Program yang diadakan di Masjid Al-Syakirin, KLCC ini membawakan pelbagai program menarik seperti program bedah buku dari penulis terkemuka seperti penulis novel sejarah nombor 1 di Malaysia, Tuan Abdul Latip Latip, penulis novel tauhid terkenal, Puan Fatimah Syarha, persembahan silap mata oleh Tuan Adam Eh, persembahan nasyid oleh kumpulan Mawaddah dan ramai lagi.

Selain itu, pelbagai kempen menarik disediakan seperti kempen menutup aurat, kempen wakaf buku bagi sekolah agama, jualan buku PTS dan PSN serta banyak lagi.

Lebih menarik, majlis yang dianjurkan bersama oleh PTS, PSN, Jabatan Agama Islam Wilayah dan Masjid Asy-Syakirin, KLCC ini diadakan dari pagi 31 Disember berlanjutan sehingga subuh keesokkan harinya.

Sertai PTS dan PSN dalam sambutan yang julung kali diadakan ini bagi mengisi sambutan tahun baru dengan lebih bermanfaat selain memberi inspirasi kepada kita bagi menghadapi tahun baru yang akan bertemu kita tidak lama lagi.

Temui kami di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 31 Disember ini bermula dari jam 7.30 pagi 31 Disember hingga subuh 1 Januari 2012.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024