Artikel

Penulis Puisi Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 - Aan Mansyur - Berkongsi Cara Menulis Puisi

oleh Asri Yussof pada 06 Aug 2017

Aan Mansyur, penyair dari Indonesia yang menulis puisi-puisi di filem Ada Apa Dengan Cinta 2 diundang ke acara Asean Literary Festival untuk berkongsi cara beliau menulis puisi dalam satu bengkel kepada anak muda yang hadir dalam bengkel itu semalam di Jakarta.

Beliau berkata kepada semua yang hadir, puisi selalunya hadir saat kita berfikir dan merenung panjang. “Berjalan lebih banyak akan memunculkan idea-idea. Ketika berjalan kita boleh berhenti dan memerhati sekeliling dan bisa menemukan sesuatu yang menarik.” - kata beliau.

aan Mansyur

Tambahnya lagi, berbeza jika kita menaiki kereta atau motosikal, kita tidak boleh berhenti jika menemukan sesuatu yang menarik dalam perjalanan itu. Masa yang bergerak laju akan membuatkan sedikit perenungan kita di sekeliling. Sedikit renungan, sedikit pula idea yang muncul.

Beliau mengakui beliau sangat terkesan dengan puisi-puisi dari Subagio Sastrowardoyo.yang dibacanya sejak kecil. Dari situ beliau mula meminati untuk menulis puisi-puisi. Dari situ, beliau mula mengenali banyak pemuisi lainnya seperti Chairil Anwar dan Pak Sapardi.

pemuisi indonesia

Bagi beliau, dengan membaca karya dari penulis lain, dari situ kita dapat menemui sebanyak mungkin bukan diri kita sendiri. Maksudnya, kita membaca karya orang lain bukan bermaksud kita akan menjadi sepertinya.

wawancara aan mansyru

Kata beliau, jangan kita mencari gaya penulisan kita sendiri, biar gaya yang menemukan kita. Kita teruskan menulis dan membaca seperti biasa. Bagi beliau, puisi adaalah cara beliau mengetahui apa yang beliau tidak tahu dan memberitahu apa yang beliau tahu.

Aan Mansyur berasal dari Makassar, kota di Sulawesi Selatan. Mira Lesmana mempercayai beliau untuk membuat puisi untuk filem AADC 2. Beliau sudah menulis lebih 10 buah buku. Kumpulan puisinya, Hujan Rintih-Rintih (2005), Aku Hendak Pindah Rumah (2008),Cinta yang Marah (2009), Sudahkah Kau Memeluk Dirimu Hari Ini? (2012).

buku-buku Aan Mansyur

Tokoh-tokoh yang Melawan Kita dalam Satu Cerita (2012), Melihat Api Bekerja (2015) dan Tiada Lagi New York Hari Ini (2016) dan yang terbaru: Perjalanan Lain Menuju Bulan (2017). Beliau juga menulis kumpulan cerpen: Perempuan, Rumah Kenangan (2007), Kukila (2012) dan Lelaki Terakhir yang Menangis di Bumi (2015).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024