Artikel

Pereka Kulit Buku Diiktiraf Dunia - 34 Buku Malaysia Tercalon di Frankfurt, Jerman

oleh Asri Yussof pada 27 Jul 2017

Kejayaan sebuah buku diterbitkan tidak hanya berpihak kepada seorang sahaja iaitu penulis semata-mata. Bahkan, semua yang terlibat memainkan peranannya masing-masing. Kulit buku menjadi taruhan yang penting dari penerbit untuk menarik pembeli dan pembaca.

Kulit buku tidak sekadar untuk memaparkan tajuk atau untuk melindungi isi buku sahaja, tetapi lebih dari itu ia berfungsi sebagai pengiklanan dan menyampaikan maklumat mengenai kandungan yang ada di dalamnya. Seperti juga iklan Thailand yang selalu kita puji dengan kelainannya dan ‘deep’. Begitulah kulit buku sebagai ‘iklan’ yang harus kita perhatikan.

HAMKA

(gambar: karya yang merentas zaman akan berubah kulit mengikut zaman dan kelainannya)

Sebanyak 34 judul buku pelbagai genre terbitan Malaysia dicalonkan untuk anugerah The Beauty and The Book Award 2017, iaitu hadiah pilihan pembaca bagi reka bentuk buku tercantik di peringkat antarabangsa. Anugerah ini dianjurkan oleh ‘The Book Art Foundation dan The Frankfurt Book Fair yang memberi peluang kepada semua peminat buku di seluruh dunia untuk mengundi secara atas talian.

Dalam sejarah, sebelum awal abad ke-19, buku dihasilkan secara manual dengan ikatan tangan. Emas, perak dan permata menjadi bahan penting untuk menghias buku secara mewah pada abad itu.

sejarah percetakan

Pada tahun 1820, berlaku perubahan besar apabila buku menjadi sangat mudah dan murah untuk dihasilkan dengan menggunakan mesin stim dan juga penghasilkan kertas yang lebih berkualiti. Buku sudah dicetak menggunakan litografi berwarna-warni, proses ilustrasi separuh dan juga teknik-teknik yang ditiru dari artis lukisan.

litography

(gambar menunjukkan Batu lithography dan cetakan imej cermin peta Munich - wikipedia)

Terbaru, buku Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu (terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia-ITBM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, MINSTRA dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara) mendapatkan undian yang tinggi dalam kalangan 34 judul yang tercalon iaitu sebanyak 1,757. Klik di sini untuk membeli buku ini di Bookcafe.

buku peranakan cina kelantan

Selain Peranakan Cina Kelantan, Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua dan The Eternal Storm - Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah juga dicalonkan dalam kategori kesusasteraan. Untuk senarai buku lain yang tercalon anda boleh lihat dan undinya di sini.

buku malaysia

Undian akhir dan pengumuman pemenang akan dibuat di Frankfurt Book Fair pada 14 Oktober 2017 nanti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024