Artikel

Perjuangan di Sebalik Ikhwan Muslimin

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 23 Aug 2013

Mutiara yang indah hanya terhasil di bawah tekanan tinggi di dasar laut. Ahli Ikhwan Muslimin di Mesir adalah mutiara yang memancarkan keindahan Islam ke seluruh dunia.

Mereka ditindas dan diseksa dengan cara yang sangat kejam. Namun, seksaan ini bukan melemahkan, malah makin menguatkan perjuangan mereka.

Mereka mengikat ahli Ikhwan Muslimin pada palang. Mereka merotan, memukul, dan memotong badan ahli Ikhwan Muslimin dengan pisau kecil. Ketulan daging yang dipotong berselerakan.

Ada yang diikat, dipotong kemaluannya dan dibakar seluruh tubuhnya. Inilah sebahagian daripada peristiwa ngeri dan menyayat hati yang disaksikan sendiri oleh Youssef Nada sepanjang beliau dikurung dalam penjara.

Youseff Nada adalah satu daripada mutiara berharga dan aset Ikhwan Muslimin yang paling bernilai. Beliau adalah perancang strategik kewangan Ikhwan Muslimin, menjadi wakil perunding bagaikan “menteri luar” Ikhwan Muslimin, dan beliau menguasai empayar bisnes yang bernilai berbilion-bilion dolar Amerika.

Beliau adalah tokoh Ikhwan Muslimin yang paling besar pengaruhnya dalam menentukan hala tuju Ikhwan di peringkat antarabangsa.

Youssef Nada digelar sebagai “jurubank Al-Qaeda” oleh George W. Bush. Secara terbuka, beliau dikatakan sebagai “bapa syaitan”. Beliau kekal disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika, walaupun PBB sudah membersihkan namanya.

Sejak berusia 17 tahun, beliau bertindak di belakang tabir Ikhwan Muslimin untuk kelangsungan pertubuhan Islam yang paling tersusun dan kontroversi di dunia ini.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024