Artikel
Perkahwinan Bukan Sekadar Drama Cinta Akasia TV3?
oleh Huzaifah Abd Jamil pada 14 Oct 2016
Setiap kali layari Facebook, pasti akan terpampang beberapa gambar perkahwinan sama ada rakan sebaya, mereka yang lebih berumur, bahkan tidak kurang dari golongan muda - maksudnya umur mereka lebih muda daripada saya.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerana itu, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (Al-Baihaqi)
Namun, lidah mana yang tidak tergigit ketika menikmati makanan yang enak. Begitulah juga kehidupan suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga.
Adakalanya, sifat romantis terserlah seakan baru sahaja dinobat sebagai raja sehari, dan ada ketika bermasam muka atas salah faham yang berlaku.
Bagi mengupas isu-isu yang acapkali berlaku dalam kehidupan berumahtangga, Sakinah Salleh kini kembali dengan buku terbaharu Kahwin, Anda Berani?
Keunikan buku ini terletak pada pengisiannya dari segi sketsa rumahtangga yang amat dekat dengan kehidupan masyarakat kita dan motivasi kekeluargaan, dengan nilai tambah dari segi info fiqh.
Indah, tetapi usah ambil mudah. Tidak dinafikan, perkahwinan adalah sesuatu yang amat indah dan menjadi impian setiap insan. Bukankah lelaki dan perempuan itu dicipta untuk bersama selamanya?
Bagaimanapun, apa yang perlu dititikberatkan adalah tanggungjawab yang akan muncul selepas termeterainya akad nikah.
MENARIK: Bagaimana Merancang Kewangan Ke Alam Perkahwinan?
MENARIK: Berkahwin adalah Jalan Sempurnakan Iman
Perkahwinan bukan semata-mata di antara lelaki dan perempuan, tetapi mereka sedang mengikat perhubungan dua keluarga menjadi satu ikatan kekeluargaan sesama manusia.
Lebih utama lagi, perkahwinan adalah proses melahirkan generasi seterusnya sebagai pewaris kehidupan di muka bumi ini.
MENARIK: Beli Buku Secara Online di Bookcafe Dengan Mudah, Jimat dan Selamat
MENARIK: Beli buku Kahwin, Anda Berani dari Dr. Sakinah Salleh di Bookcafe sekarang
Oleh sebab itulah, persediaan yang rapi antara bakal pengantin amat penting sebelum mereka benar-benar melangkah ke jinjang pelamin. Sama ada pasangan suami isteri atau bakal pengantin, keberadaan buku ini disamping anda adalah perlu sebagai pedoman dalam meneruskan kehidupan berkeluarga.
Bagaimana sekarang? Kahwin, anda berani?