Artikel

Persoalan Pelanggaran Etika Penyelidikan Sains Dipaparkan Dalam Transgenesis

oleh Asri Yussof pada 16 May 2016

Novel-novel yang mengangkat naratif dalam bidang perubatan, walaupun bukan baru dalam industri buku di Malaysia, kita masih boleh memandang ia sebagai percubaan baru untuk menarik pembaca-pembaca sehingga ia diarus perdanakan dan boleh dijual (kata penerbit).

Persoalan-persoalan etika dalam bidang kajian perubatan begitu jelas sekali dari apa yang ingin disampaikan oleh penulis, Amir Husaini. Tentu saja latar belakangnya membantu untuk beliau menulis dengan baik.

Kelulusannya dalam bidang Kimia dari University of Glasgow barangkali menjadi titik totak yang penting untuk beliau terus berkarya dan mempersoalkan perkara-perkara dalam bidang perubatan.

Transgenesis, mengisahkan kajian penyelidikan untuk mencipta ‘manusia sempurna’ yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu, sehingga titik akhirnya untuk menjadikan penciptaan ini sebagai askar-askar dalam peperangan kerana ‘manusia sempurna’ ini tidak memerlukan makan dan minum.

Mereka boleh hidup seperti mana pokok-pokok yang hidup di hutan, tanpa makan dan minum seperti manusia.

Siri filem X-Men dibawah arahan Bryan Singer, pada beberapa sisi mempunyai naratif yang agak sama, bagaimana ‘manusia sempurna’ atau menusia yang mempunyai kelebihan yang lain dari manusia yang lain, dicipta untuk menjadi penyelamat dunia dan juga ketika berperang.

Pada sisi yang lain, kita memerhatikan manusia yang menjadi pencipta keatas ‘manusia sempurna’ ini adalah sang kapitalisme durjana, perosak dunia.

Pada sisi lain juga, kita parhatikan bagaimana Flora dalam penceritaan Transgenesis mempunyai dua orang berbeza. Seorang Flora yang mempunyai sifat kemanusia dan seorang lagi sebaliknya.

Flora yang dikata ‘manusia sempurna’ ini juga mencerminkan dua sikap yang berbeza. Perbezaan ini berlaku atas keluruhan hati yang berbeza.

Seorang berdendam dan seorang tidak. Inilah antara sisi yang elok diperhatikan dan diambil pengajaran.

Pembaca yang berpegang pada prinsip ‘penulisan harus mematuhi syariah’ tentu saja menyukai buku ini. Barangkali unsur-unsur pengajaran (atau ‘tazkirah’) begitu banyak sekali. Malah penyampainya terlalu direct.

Bagi yang berpegang sastera adalah cerita dan cerita bukanlah isi khutbah, tentu saja boleh naik muak. Sekejap-sekajap ada peringatan yang ingin disampaikan, sehingga menutup beberapa fokus cerita.

Sebelum adanya perbincangan dan pembahagian keatas sastera islam dan tidak islam, Hamka lebih awal dari itu menggunakan sastera hanya untuk bercerita dan mengkritik sosial manusia tanpa membahagikan sastera dalam mana-mana pembahagian.

Ini dapat kita perhatikan dalam banyak karya Hamka, tulisannya bersahaja untuk bercerita dan langsung tidak berkhutbah.

Hayati membuka tudung dihadapan Zainuddin, sehingga memberikan selendang untuk ingatan dan kenang-kenangan beliau” (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck).

Pun begitu, penting apa yang disampaikan dari Transgenesis, bagaimana etika dalam bidang perubatan dan sains telah dilanggar sehingga bukan lagi melahirkan ‘manusia sempurna’ namun sebaliknya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024