Artikel

Perumpamaan Dunia dan Anak Adam Ketika Meninggal

oleh Roziyah pada 03 Jan 2012

Dipaorkan Nabi Muhammad pernah memberikan perumpamaan bagi dunia dan anak Adam ketika meninggal dunia, iaitu seperti seorang lelaki yang memiliki tiga orang sahabat karib. Apabila ajalnya semakin hampir, dia berkata kepada salah seorang di antara mereka,

“Saya mempunyai sahabat yang mulia dan saya sentiasa memenuhi keperluannya. Sedangkan ketentuan Allah sudah terlalu hampir dengan saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu.”

Sahabat menjawab, “Ini adalah ketentuan Allah yang berlaku terlebih dahulu kepada kamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi pada ketika ini saya berada dekat dengan kamu. Ambillah apa sahaja bekal yang bermanfaat kepada mu.”

Setelah itu, dia berkata pula kepada sahabatnya yang paling istimewa daripada ketiga-tiga sahabat karib ku. Sedangkan ketentuan Allah sudah hampir datang kepada saya, sebagaimana yang dapat engkau lihat. Apa pandangan kamu?

Sahabatnya berkata, Ini adalah ketentuan Allah yang datang lebih dahulu kepadamu. Saya tidak dapat menghilangkan kesusahanmu. Tetapi saya akan menguruskan dirimu sepanjang masa engkau sakit ini. Sekiranya engkau meninggal dunia, saya akan menutup jasad mu dan melindungi aurat mu.”

Kemudian dia berkata kepada kepada sahabatnya yang ketiga, “Ketentuan Allah akan datang kepada saya, sebagaimana yang dapat kamu perhatikan. Sedangkan engkau adalah sahabat saya yang paling saya remehkan daripada ketiga-tiga orang sahabat karib saya. Apa pandangan kamu?”

Sahabatnya berkata, “Saya adalah sahabat karib mu semasa di dunia dan juga di akhirat. Saya akan masuk ke dalam kubur kamu ketika kamu dimasukkan ke dalamnya. Saya akan keluar dari situ apabila kamu keluar. Aku tidak mahu berpisah dengan kamu selama-lamanya.”

Lalu Rasulullah menjelaskan, “Sahabat yang pertama adalah hartanya, yang kedua adalah keluarganya dan sahabat yang ketika adalah amalannya.”

(Direkodkan oleh ath-Thirthusi dalam bukunya Siraajul-Muluk)

Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah tulisan Tuan Rohidzir Rais. Dapatkan buku-buku agama sempena Maulidur Rasul di kedai-kedai buku terpilih atau layari www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024