Artikel

Pesta Buku Popular Danga City Mall Bawakan Chef Hanieliza Temui Peminat

oleh Roziyah pada 16 Nov 2011

Kedai Buku Popular Danga City Mall membawakan penulis buku masakan yang dikenali ramai, Chef Hanieliza kepada peminat di sekitar Johor.

Peminat buku 1 Hari 1 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza berpeluang bertemu dengan penulis kegemaran ramai ini dalam sesi ramah mesra yang diadakan.

Selain itu, Chef Hanieliza juga akan mengadakan demo masakan di kedai buku Popular Danga City Mall, Johor.

Sertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di kedai buku Popular Danga City Mall pada 19 November ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024