Artikel

Pesta Lelong Buku & Komik Putrajaya Bakal Jadi Tumpuan Penghujung Oktober

oleh Asri Yussof pada 19 Oct 2017

Berita baik kepada semua pembaca dan peminat buku dan komik di sekitar ibu kota pada penghujung oktober ini. Pesta Lelong Buku dan Komik Putrajaya akan bermula pada esok, 20 hingga 29 Oktober 2017.

Pesta Lelong Buku & Komik

Acara yang bakal menjadi tumpuan orang ramai ini akan berlangsung di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Lebih 50 penerbit dari seluruh Malaysia bergabung untuk menawarkan buku-buku dan komik dengan harga runtuh kepada pengunjung yang hadir selama 10 hari acara ini berlangsung.

MENARIK: 5 Buku Dr. Yusof Al-Qardhawi Yang Patut Ada Dalam Setiap Rumah

MENARIK: Lihat Bagaimana Lelaki Ini Berubah Dari Tukang Cuci Tandas Menjadi Motivator Terkaya

Pesta Buku Lelong dengan tagline ‘Awas! Anda Akan Menjadi Serakus T-Rex’ akan mendominasi tapak jualan di Putrajay bermula jumaat ini. Jangan terkejut, semua buku dan komik dijual dengan harga bermula RM3.00, RM5.00 dan RM10.00 sahaja!

Pesta Lelong Buku Putrajaya

Ikuti rapat di facebook Pesta Buku Lelong dan juga di Instagram mereka untuk mengetahui buku-buku yang ditawarkan bermula esok sehingga 29 Oktober 2017 ini

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024