Artikel

Petikan Media: Ingati Mati Insafkan Diri

oleh Roziyah pada 27 Dec 2011

Artikel dipetik daripada myMetro Online pada 27 Disember 2011

ADAKAH kita sudah bersedia menghadapi kematian? Nabi Muhammad sendiri sering menasihatkan sahabat supaya sentiasa mengingati mati.

Tiada seorang pun manusia mengetahui baki masa mereka hidup di dunia ini.

Di mana-mana saja, sesiapapun dan dalam keadaan apa sekalipun kematian itu pasti akan menghampiri. Ali al-Hadi berkata: “Ketahuilah, kematian itu seperti bilik mandi. Itu peluang terakhir kita membersihkan diri bagi menghilangkan segala kekotoran dan keburukan.”

Selagi kita diberi peluang untuk hidup dan bernafas lagi di atas muka bumi ini, Allah sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri.

Peluang itu wujud dalam bentuk taubat bersungguh-sungguh dengan menyesali perbuatan buruk dan berazam memperbaiki diri.

Nabi Muhammad mengajar satu doa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan atas dosa-dosa yang aku sedari dan dosa-dosa yang tidak aku sedari, dosa-dosa yang aku ketahui serta yang tidak aku ketahui.” 

Selalu mengingati mati kerana apabila individu itu dihimpit masalah dalam kehidupannya, dia pasti akan keluar daripada kesempitan hidupnya. 

Ramai manusia yang leka dengan mengumpul harta, kemudian harta mereka kumpul itu akhirnya binasa dan angan-angan mereka berkaitan dunia itu lenyap begitu saja. 

Ramai juga individu yang berharap hari terakhirnya nanti dilalui dengan baik dan ramai juga yang menanti-nantikan kedatangan hari esok tetapi Allah tidak mengizinkannya.

 

Baca lanjut di http://www.hmetro.com.my/articles/Ingatimatiinsafkandiri/Article 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024