Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Bimbingan Lengkap Solat Sunat

oleh Hairul Faizal Adli pada 14 Mar 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS.

Saat cinta dan ibadah bersatu, ketika itulah Allah mengurniakan kepada kita nikmat kemanisan beribadah. Nikmat ini hanya dapat dikecapi sekiranya cinta kita adalah ikhlas dan ibadah kita betul caranya.

Usaha untuk mengecapi nikmat ini tidak akan lengkap dengan kita sekadar melakukan ibadah dan solat yang wajib semata-mata.

Setiap ibadah wajib ini, perlu disusuli dengan ibadah sunat. Sebagaimana solat sunat menjadi pelengkap untuk menyempurnakan solat fardhu, diharapkan buku  ini juga menjadi pelengkap kepada usaha kita untuk meraih sebesar-besar pahala dan keredhaan Allah.

Kekurangan solat kita dapat ditampung dengan mengerjakan solat sunat.

Untuk memenuhi tuntutan dakwah secara berhikmah, buku ini disusun dengan segala teknologi dan kemajuan yang ada dalam dunia penerbitan.

Buku ini adalah kombinasi dan sinergi pelbagai cabang ilmu yang cukup cantik. Ia menggabungkan ilmu fikah, teknik fotografi, kemahiran reka bentuk, dan proses suntingan yang terbaik.

Matlamatnya supaya buku ini mudah difahami dan pembaca mendapat sebesar-besar manfaat daripada buku ini.

Yang pasti, matlamat terbesar buku ini adalah supaya kita semua sama-sama dapat masuk ke syurga yang tertinggi dan sama-sama mendapat keredhaan Allah.

Kita akan lupa dengan apa yang kita baca, namun kita akan terikut-ikut dengan apa yang kita tengok. Bertitik-tolak daripada perkara inilah, buku bimbingan lengkap solat sunat ini tidak dipenuhi dengan teks semata-mata, tetapi penuh dengan panduan solat secara bergambar.

Setiap pergerakan solat disertakan dengan panduan solat yang betul dan diletakkan penerangan yang jelas. Tidak terhad setakat panduan solat sahaja, buku ini turut menyediakan tambahan ilmu untuk topik yang berkaitan.

Pembaca akan dibimbing supaya dapat melihat solat bukan sebagai ibadah semata-mata, namun sebagai manifestasi cinta dan kehambaan kita kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

Saat cinta dan ibadah bersatu, ketika itulah Allah mengurniakan kepada kita nikmat kemanisan beribadah.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024