Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Eat That Frog

oleh Hairul Faizal Adli pada 06 Mar 2013

PBAKL 2013 kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra pada 26 April hingga 3 Mei. Kali ini dengan buku-buku yang lebih menarik antaranya adalah Eat That Frog (Edisi Bahasa Melayu).

Badang yang menjadi gagah perkasa selepas makan muntah hantu adalah kisah dongeng semata-mata. Namun, orang yang mampu “makan katak” akan betul-betul menjadi hebat dan produktif.

Makan katak adalah cabaran yang sangat susah dan agak menjijikkan, tetapi itulah hakikatnya.

Sekiranya kita perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kita perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan paling penting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

“Eat That Frog” adalah teknik terhebat untuk membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

Peraturan pertama memakan katak adalah, “Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu.” Sekiranya kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting, dan paling susah dahulu.

Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Dapatkan pelbagai lagi tip “Eat That Frog” dalam buku ini untuk menyelesaikan banyak beban kerja dalam masa yang singkat.

Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024