Artikel

Promosi Cuti Sekolah @ PTS

oleh Amirah pada 23 May 2014

Rancang aktiviti anak-anak anda dari sekarang bersempena cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi. PTS menawarkan diskaun setinggi 20%  bagi buku-buku terbaik khas untuk si cilik dan anak remaja.

Promosi ini berlangsung dari 19 Mei hingga 15 Jun 2014.Pelbagai judul yang ditawarkan daripada penulis-penulis bestseller dan popular seperti Ain Maisarah, Nazry Salam dan sebagainya.

Lebih dari 20 buah judul yang terdiri daripada bacaan untuk anak-anak sewal umur 5 tahun sehingga 18 tahun.

Selain itu, seleksi judul tempatan dan antarabangsa sesuai untuk dijadikan wadah bacaan yang bersesuaian dengan minat anak anda. Antara judul-judul tempatan dan terjemahan yang popular seperti komik The Runningman: Don’t Walk but Run, Siri Misi 8A, Misi 10A, Siri Hello Jadoo terjemahan dari Korea, Ultra Qalif dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, siri terbaru yang kini mendapat sambutan dalam pasaran seperti Siri Tunas Super yang dihasilkan pelajar yang berusia seawal 9 tahun. Program Tunas Super ini merupakan program pertama diadakan di Malaysia.

Anak-anak sekolah rendah daripada pelbagai latar belakang dan latar pendidikan diberikan pendedahan mengenai penulisan dan juga dilatih menulis. Matlamat utama projek ini bagi mewujudkan kumpulan penulis berbakat sejak dari usia kanak-kanak bagi mengisi dunia perbukuan Malaysia.

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan bahan bacaan yang terbaik untuk anak-anak anda di samping meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Nikmati tawaran ini dan layari www.bookcafe.com.my

Cinta ilmu, baca buku. PTS, Buku untuk Semua.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024