Artikel

PTS dan Popular meraikan kejayaan 50,000 – 1 Hari 1 Resepi

oleh Abdul Hakim Khairuddin pada 26 Mar 2012

Kuala Lumpur - PTS menganugerahkan ‘Anugerah Platinum’ kepada Kedai Buku Popular di atas jualan buku 1 Hari 1 Resepi sebanyak 50 000 naskhah. Jualan sebanyak ini dicatat pada bulan November 2011 yang lalu.

Satu majlis ringkas diadakan di ibu pejabat Popular di mana pihak PTS diwakili oleh Timbalan Pemasaran PTS, En. Aizat Razak. Manakala pihak Popular diwakili oleh En. Chew Cheong Tat, selaku Merchandising Manager, English Department.

Menurut En. Chew, beliau begitu teruja dengan anugerah ini dan berharap berharap agar jualan buku ini terus menerus meningkat pada masa hadapan. Beliau memaklumkan, sasaran seterusnya yang ditetapkan oleh pihak Popular adalah sebanyak 100,000 naskah dan cuba mencipta rekod di Malaysia Book of Record bagi Jualan buku masakan tertinggi.

Menurut En. Aizat pula, penganugerahan ini sememangnya layak di berikan kepada pihak Popular hasil komitmen terbaik mereka dalam mempromosikan dan bertungkus lumus menjual buku ini. Selain itu, Chef Hanieliza turut akan dianugerahkan anugerah yang sama. 

Katanya lagi, bagi menyokong pihak Popular dalam mencapai sasaran jualan mencecah 100 000 naskhah pada bulan Mei ini, PTS dan Popular mengadakan akan mengadakan satu kempen khas.

Kempen khas ini diberi nama ‘Senangnya memasak bersama @ Popular’. Kempen ini akan bermula 15 April ini di semua outlet diseluruh Malaysia. Hadiah lumayan menanti para pembeli iaitu baucar membeli belah sebanyak RM1,000 beserta dengan hadiah-hadiah lain.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu, anda mungkin Chef Hanieliza yang seterusnya.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024