Artikel

PTS Netmedia @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 29 Apr 2012

Anda peminat fotografi? Atau mahukan sedikit kelainan dan tambahan kreativiti dalam hasil foto anda? Kini para peminat fotografi sekalian boleh mendapatkan buku yang bertajuk Suntingan Foto Terbaik. Buku ini mengandungi 23 teknik suntingan foto yang direka sendiri oleh penulisnya iaitu Tuan Imram Abdul Jabbar.

Tambah Ketua Unit PTS Netmedia, Puan Mazniza, penulis buku ini adalah pengasas Sifoo.com yang sudah 12 tahun operasi sebagai forum yang menjadi sumber maklumat untuk peminat grafik dan multimedia. Buku ini juga mempunyai 100 peratus halaman berwarna dan mengandungi langkah demi langkah yang mudah diikuiti. Selain itu, terdapat juga laman web yang disertakan sebagai panduan kepada pembaca sekiranya terdapat pertanyaan kepada penulis.

Sebuah buku lagi yang akan di promosikan di PBAKL 2012 bertempat di Arena Buku PTS ialah Wedding Photography. Buku ini mengandungi tips menarik yang diperlukan oleh fotografer perkahwinan selain dari mempelajari trend fotografi perkahwinan yang semakin meluas namun masih ramai yang kurang mengetahui perkara-perkara lain yang perlu apabila bertugas di majlis perkahwinan.

Apa ditunggu lagi peminat fotografi sekalian? Marilah kita menyerbu Arena Buku PTS untuk mendapatkan naskhah hebat ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024