Artikel

PTS One @ PBAKL 2012

oleh [email protected] pada 29 Apr 2012

PTS One, satu label bagi buku remaja yang sangat disukai. Bagi, PBAKL 2012 kali ini, PTS One mengundang penulis-penulis novel untuk bersama-sama turun padang bagi mempromosikan novel mereka.

PTS One menerusi editornya, Puan Rafiza memilih buku Nomi Duta Gigi yang mana penulisnya iaitu Firuz Firana akan turut serta untuk sesi bertemu peminat. Buku ini dipilih bagi dipromosikan kerana mengandungi kaedah penjagaan gigi untuk kanak-kanak. Buku ini sebenarnya mengajar kanak-kanak supaya menjaga kebersihan oral terutamanya gigi untuk mengelakkan karie gigi di kalangan kanak-kanak.

Jadi kepada adik-adik sekalian, jangan lupa dapatkan naskhah ini untuk mengetahui cara terbaik untuk penjagaan gigi kita. Jangan sampai gigi kita ‘kurang sihat’ ya adik-adik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024