Artikel

Puteri Naga Tiberius Tiba-Tiba Jadi Bualan Hangat Antara Penulis Sai-Fai, Fantasi

oleh Asri Yussof pada 05 Apr 2017

Puteri Naga Tiberius yang baru sahaja diterbitkan pada 27 Mac 2017 lalu sudah menjadi bualan hangat antara penulis-penulis sains fiksyen dan fantasi, Malaysia.

Ini sedikit sinopsis yang patut anda baca.

500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan.

Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas.

Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda.

Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.

tweetted

Tweet dari Ted Mahsun, penulis dan pengasas laman penasaifai.com telah menghidupkan pagi rabu dengan bualan tentang novel ini. Fadhli Akiti membalas tweet dan beliau akan memasukkan novel ini dalam senarai buku wajib beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang akan bermula pada 28 April - 7 Mei nanti.

fadli

tweet 7

Novel Puteri Naga Tiberius ditulis oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Beliau adalah anak jati Tanjong Karang, Selangor dan telah menulis 13 buah novel semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat nasional.

Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen ialah Odisi Tanah Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Beliau berharap agar novel terbarunya ini ditegur jika mempunyai kelemahan di mana-mana.

tweet 3

tweet 4

tweet 6

Ted Mahsun berkemungkinan, Novel Fantasi Melayu akan sampai kepada zaman keemasan jika Sri Rahayu dan Ahmad Patria teruskan menulis.

tweet 6

Klik di sini untuk membeli Novel ini dengan harga diskaun

Menarik: Novel Sherlock Holmes diterbitkan semula oleh Penerbit-X

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024