Artikel

Puteri Urduja dari Kuala Krai, Kelantan dicatat oleh Ibnu Battuta?

oleh Asri Yussof pada 10 Jan 2017

Wikipedia memberitahu Urduja adalah seorang puteri dan pahlawan yang menjadi legenda (sekitar 1350-1400 AD) yang diiktiraf sebagai heroin dari Pangasinan, Filipina.

filiphino

Nama Urduja adalah sebutan dari bahasa Sanskrit, dan variasi dari nama “Udaya”, yang bermaksud “timbul” atau “matahari terbit”, atau nama “Urja”, yang bermaksud “nafas”.

Urduja disebut didalam catatan perjalanan Ibnu Battuta (1304 – mungkin 1368 atau 1377 M), seorang pengembara Muslim dari Maghribi.

ibnu battuta

Klik di sini untuk membeli buku Ibnu Battuta

Baca Catatan Penuh Ibnu Battuta Mengenai Urduja di sini

Penyelidikan moden yang dilakukan oleh sejarawan William Henry Scott membuat kesimpulan berkenaan catatan Ibnu Battuta yang bercerita tentang Urduja adalah sebuah fiksyen dan tanah Tawalisi juga adalah rekaan dan palsu.

Namun Jose Rizal menyatakan bahawa tanah Tawalisi terletak di bahagian utara Filipina, berdasarkan sangkaannya mengenai masa dan jarak perjalanan Ibnu Battuta mengambil untuk belayar ke China dari Tawalisi.

 

Ibnu battuta

Klik di sini untuk membeli buku Ibnu Battuta dari Ross E. Dunn

Namun perbahasan akhir mengenai diri Urduja belum ditamatkan lagi secara sempurna walaupun di wikipedia, ditulis Urduja adalah puteri kebanggaan warga Filipina sehingga Puteri Urduja dimuatkan di dalam buku teks sekolah sebagai seorang dalam senarai list of great Filipinos.

Malah Filipina berusaha menanam ‘Urduja’ berasal dari sana sehingga di wilayah Pangasinan di gedung pengadilan di Lingayen dinamakan “Urduja House” dan sebuah patung Puteri Urduja berdiri di Ratus Kepulauan Taman Negara di sana.

pengasinan

Di Kuala Krai, Kelantan dibangunkan Galeri Kuala Krai pada 03 November 2014 yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K., S.P.M.K.

galeri kuala krai

Galeri Kuala Krai mempersembahkan Puteri Urduja adalah pemerintah Kuala Krai ketika kedatangan Ibnu Battuta. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu Battuta dinisbahkan kepada Kuala Krai.

Selain itu, galeri ini juga mempersembahkan penemuan tapak pemerintahan Urduja di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang dilakukan oleh beberapa individu aktivis sejarah.

Hadiah Puteri Urduja kepada Ibnu Batuta perlu menjadi perkara terperinci yang perlu dikaji untuk meneliti tempat sebenar dimanakah terletaknya Kaylukari, Tawalisi iaitu Beras, kerbau, halia, lada, lemon, mangga, dan garam.

urduja

Sememangnnya, perbincangan dan kajian terhadap Urduja pemerintah Kuala Krai, Kelantan masih kurang dipopularkan secara meluas.

Semoga tulisan pembukaan yang kecil ini dapat dipanjangkan dan dipopularkan pada masa depan agar kajian terhadap Urduja di Kelantan menjadi perhatian orang ramai.

Sumber: Ceritakan Kelantan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024