Artikel

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 19 Mar 2014

Namanya sering kita dengar. Wanita lagenda yang tidak pernah luput daripada bibir ulama, dan tidak hilang daripada ingatan kita.

Rabiatul Adawiyah.

Tarafnya dikatakan sepangkat wali. Wajahnya digambarkan ayu, suaranya dikhabarkan merdu. Cintanya ditagih laki-laki, tetapi cintanya hanya kepada Ilahi.

Biarpun ulama yang datang meminang, biarpun pemimpin ulung yang hadir dalam pandangan, dia utuh.

Dia hanya mahu sendiri. Dia hanya mahu berada di samping Pencinta yang Abadi.

Kisahnya tidak mudah. Beliau diuji kematian ayah dan ibu sewaktu masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tetapi Rabiatul Adawiyah, dia tidak memilih untuk mengeji. Dia tidak memilih untuk mencaci. Padanya Tuhan itu tidak pernah menzalimi.

Sebuah novel yang mengetengahkan kisah cinta yang unik, Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi adalah cerita cinta yang menyegarkan.

Betapa ada manusia yang rupa-rupanya begitu rindu akan Dia, sehingga mati hanya membuatkan dia tersenyum tanpa ada ragu-ragu di hati

Benarlah, kematian itu hanyalah sekadar meninggalkan dunia yang sementara, menuju ke dunia yang abadi. 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024