Artikel

Ramadhan Memupuk Persaudaraan #KitaBersaudara

oleh Asri Yussof pada 26 May 2017

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan digandakan ganjaran segala amal ibadah kita. Ramadhan juga adalah bulan untuk kita berpuasa. Bukan sahaja berpuasa daripada makan dan minum tetapi juga berpuasa dari segala perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh mengurangkan amal pahala kita.

ramadan poster

Tahun ini, 1438H / 2017 kita dipanjangkan umur lagi oleh Allah swt untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Mari sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai titik mula kita untuk berubah menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya selama ini.

Mari sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan ini untuk lebih lagi membantu golongan miskin, anak yatim dan mereka yang lemah. Seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maa`uun (Barang-barang untuk menolong)

Tahukah engkau, siapakah orang yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menolakkan anak yatim (2) Dan tidak mengajak atas memberi makan orang miskin (3) Maka kecelakaan akan didapati oleh orang-orang yang solat (4) Iaitu mereka yang dalam solatnya lalai (5) Orang-orang yang riak (6) Dan menghalangi akan memberikan sembarang pertolongan (7).

tafsir 30

HAMKA menulis tafsir untuk ayat ini seperti berikut,

Dengan ayat ini jelaslah bahawa kita sesama Muslim, terutama yang sekeluarga dan yang sejiran, ajak-mengajak, galak-menggalakkan, supaya menolong anak yatim dan fakir miskin itu; menjadi perasaan bersama, menjadi budi pekerti yang umum.

HAMKA menambah lagi, beliau memetik dari Az-Zamakhsyari yang menulis dalam tafsirnya, tentang apa sebab orang-orang yang menolakkan anak yatim dan tidak mengajak memberi makan fakir miskin dikatakan mendustakan agama.

“Orang ini nyata mendustakan agama, kerana dalam sikap dan laku perangainya dia mempertunjukkan bahawa dia tidak percaya inti agama yang sejati, iaitu orang yang menolong sesamanya yang lemah akan diberi pahala dan ganjaran mulia oleh Allah. Sebab itu dia tidak mahu berbuat maaruf dan sampai hati menyakiti orang yang lemah.”

#KitaBersaudara

ucapan selamat

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024