Artikel

Ratu Selfie: Aku Mahu Jadi Selfiestar

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 26 Jun 2015

Kepulangan Haness dari luar negara menjadikan dia semakin popular dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Meskipun begitu, dia tidak pernah lupa diri dan tetap sahaja melayani kawan-kawan-kawan rapatnya dengan baik.

Lain pula halnya dengan kawan baik Haness, Airin yang mula dirasuk perasaan cemburu dek populariti Haness.

Mencuba untuk menyaingi teman baiknya sendiri, Airin menggelarkan dirinya selfiestar, sesuai dengan hobi selfienya yang kian menjadi-jadi.

Suatu pertemuan dengan peminat telah dirancang Haness dengan bantuan Airin dan teman-teman rapat yang lain.

Majlis The No-Fashion, Fashion Meetup yang seharusnya mengeratkan hubungan antara mereka, sebaliknya telah menyebabkan permusuhan antara Airin dan Haness.

Semenjak itu, Airin mula menjauhkan diri dan semakin membenci dan berusaha untuk menjatuhkan Haness.

Pelbagai gaya selfie baru diperkenalkan dengan harapan untuk menyaingi bilangan peminat Haness.

Dalam masa yang sama, pelbagai cara telah Airin lakukan termasuklah menyertai Kelab Pencinta Alam Sekitar, menjadi konsultan kecantikan malah menerima tawaran dari Majalah Bintang Hatiku untuk menjadi model mereka.

Semua ini dilakukan demi memuaskan perasaan dengkinya kepada teman baiknya sendiri.

Suatu kesudahan yang mengejutkan menanti adik-adik pembaca di penghujung kisah.

Mampukah Airin membuang sikap gila selfienya selain kembali berbaik dengan Haness yang sentiasa berusaha untuk memulihkan hubungan mereka?

Teruskan membaca dan semoga dapat mengambil pengajaran daripada buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024