Artikel

Refleksi Diri: Hebatnya Bangun Awal Pagi

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 18 Jul 2014

Sering kali kita leka dengan penggunaan masa dalam kehidupan seharian. Namun begitu, masih ada peluang untuk mengubah cara hidup ini. Segalanya bermula apabila bangun awal pagi menjadi satu kebiasaan dalam hidup.

Masyarakat Islam pada hari ini sangat suka menghabiskan masa mereka dengan tidur yang berlebihan. Mereka lebih gemar untuk tidur selepas subuh sehingga tengah hari sedangkan mereka tidak tahu bahawa apabila bangun awal pagi, ia adalah rahsia manusia berjaya dunia dan akhirat.

Hebatnya Bangun Awal Pagi adalah kupasan menarik tentang pelbagai hikmah bagi individu yang bangun awal pagi. Antara isi kandungan menarik yang disingkap di dalam buku ini adalah kelebihan bangun awal pagi, kebaikan bangun awal pagi daripada sudut kesihatan, beberapa penyebab mengapa orang susah bangun pagi, tip-tip mudah bangun awal pagi, amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika bangun awal pagi, dan juga kebiasaan buruk yang tidak wajar dilakukan pada waktu pagi.

Sudah tentu kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini dapat memberi para pembaca manfaat dan panduan untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t. memberkati umat Islam pada waktu pagi.

Buku ini boleh juga dibeli secara online di www.bookcafe.com.my untuk menerokai pelbagai lagi keistimewaan bangun awal pagi. Buku ini sesuai bagi semua peringkat umur terutamanya bagi remaja yang sedang meningkat dewasa untuk mengetahui rahsia berjaya dunia dan akhirat.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024