Resume Elon Musk Ini Membuktikan Anda Tidak Perlu Menulis Resume Lebih Dari Satu Halaman

oleh Asri Yussof pada 01 Aug 2017

Jika anda adalah Elon Musk, salah seorang usahawan yang paling berpengaruh dalam sejarah teknologi yang kerjayanya merangkumi dua dekad kebangkitan yang berjaya.

Sudah pasti anda memerlukan halaman yang banyak untuk menulis resume tentang pencapaian anda yang dapat mewujudkan industri pembayaran elektronik, membangunkan pasaran tenaga solar untuk mencipta kereta elektrik berprestasi tinggi dan melancarkan industri komersil dan roket.

space x elon musk

Tetapi, tidak sama sekali, pakar-pakar di firma penulisan resume dalam talian Novoresume, percaya pada konsep yang kurang-lebih untuk menulis resume.

Mereka mencipta resume sampel untuk Elon Musk untuk membuktikan "walaupun kerjaya yang sangat benyak tetapi tetap boleh dipamerkan dalam satu halaman resume sahaja" kata pengasas bersama Andrei Kurtuy kepada Business Insider.

elon musk

Elon Musk terkenal dengan piawaiannya yang tinggi, dan dia mempunyai reputasi sebagai seorang lelaki yang bekerja keras. Dia pernah menggambarkan dirinya sebagai "nano-manager," yang bermaksud dia lebih banyak mengawal daripada micromanager. ("Saya mempunyai OCD mengenai isu-isu yang berkaitan dengan produk, saya hanya melihat apa yang salah, saya tidak pernah melihat apa yang betul, bukan resepi untuk kebahagiaan," katanya.

Walau bagaimanapun, resume contoh ini membuktikan dengan reka bentuk yang betul, anda tidak memerlukan lebih daripada satu muka surat untuk resume.

Sumber: Business Insider Malaysia