Sains Fiksyen Tidak Pernah Mati di Malaysia

oleh Asri Yussof pada 25 Apr 2017

Sains Fiksyen bagi pengertian yang mudah adalah fiksyen masa depan yang saintifik atau teknologi dan perubahan sosial atau alam sekitar. Ianya sering menggambarkan ruang atau masa perjalanan dan kehidupan di planet lain.

Novel-novel yang bergenre Sains Fiksyen tidak pernah mati cuma genre ini bukan lagi menjadi market yang besar kerana rata-rata peminatnya masih lagi dalam kumpulan yang niche market.

Tetapi kalau kita perhatian sains fiksyen bukan dalam buku, seperti dalam filem contohnya, rata-rata filem sains fiksyen yang masuk ke Malaysia semua terjual dengan bagus. Ini bermaksud kita tidak apolegetik terhadap genre ini cumanya mungkin orang lebih suka menonton daripada membaca. (betul kan?)

intersteller

Avatar pada tahun 2009, The Matrix pada 1999, Interstellar pada 2014, The Martian pada 2 tahun lepas atau Wall-E pada 2008. Ini antara filem-filem sains fiksyen yang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di panggung wayang.

Pada sisi yang lain, mungkin juga penulis dalam genre ini kurang dan rata-rata pembaca di Malaysia kurang didedahkan dengan novel-novel seperti ini disebabkan kita mempunyai lambakan cerita cinta yang tak habis-habis berpusing pada plot yang sama. Kahwin paksa, anak dato lawan anak miskin, cinta yang terhalang, atau cinta semasa berlanggar bahu. (omg, termuntah).

Tidak dinafikan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi perintis dalam memberikan roh-roh kepada penerbitan novel-novel sains fiksyen. Karya Shahidan Md. Noh (DBP, 1979) dan karya Mohd. Ismail Sarbini (DBP, 1982) antaranya.

PTS Fortuna juga sekitar tahun 2009-2010 memainkan peranan dengan menerbitkan novel-novel yang bergenre Sains Fiksyen. Chronicle Alam Epsilon, Syaakur: Pejuang Dua Dunia, Armada Azur.

buku

Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi juga memainkan peranan yang baik untuk penulis-penulis sains fiksyen terus bersemangat untuk terus menulis karya-kerya yang berimeginasi tinggi.

saifai

Bermula 2016, kemunculan Penerbit-X dalam industri buku negara memainkan peranan dengan menerbitkan kembali novel-novel Sains Fiksyen dan Fantasi. Ada karya yang baru dan karya yang diterbitkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.

Apa yang agak menarik dengan penulis-penulis Sains Fiksyen masa kini, mereka ini agak ‘melekat’ sesama sendiri. Ini menjadikan mereka kelihatan bersemangat bila bersama. Contohnya laman Pena Saifai yang mengumpulkan pandangan dan pendapat mereka dalam dunia sains fiksyen.

Tahun ini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, sekali lagi mereka akan bergabung di satu pentas untuk berforum mengenai Sains Fiksyen. Panelis akan disertai oleh Lokman Hakim, Sri Rahayu, Cikgu Rosli, Ted Mahsun dan forum akan dikendalikan oleh Nisah Haron.

Anda yang berminat dengan genre Sains Fiksyen, boleh hadir ke Dewan Tun Razak 4 di Pavilion PTS pada 29 April 2017 pada pukul 4.00 petang.

tr4