Sains Palsu. Anda Pasti Anda Tidak Terlibat?

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 19 Jun 2017

"Dengar kata baby awak kuning, dah cuba guna belimbing buluh macam kat Facebook tu?"

"Mari beli foot detox. Tak mahal Puan. Boleh buang toksin dari dalam badan!"

"Lihat testimoni pesakit resdung ini. Ulat resdung pun akan keluar dari hidung bila Encik gunakan produk ini."

Statement di atas banyak kedengaran hari ini. Jika bukan daripada lidah penjual-penjual ubat di tepi jalan, pasti viral di Facebook atau Instagram. Dalam majalah dan akhbar picisan pula memang bersepah sejak zaman dahulu lagi.

viral

Persoalannya, adakah semua ini terbukti berkesan dan benar-benar mampu merawat penyakit?

Kadang-kadang dakwaan yang disebarkan sangat tidak boleh diterima akal, namun masih ada yang terpedaya.

Lebih malang lagi, bagi yang memilih untuk membeli 'produk ajaib' yang didakwa mampu menyembuhkan 1001 penyakit kronik.

Dek kerana terdesak, pesakit sanggup mengeluarkan nilai duit yang lebih mahal daripada biasa. Semua ini demi sebuah harapan untuk sembuh daripada penyakit.

sick

Akhirnya pesakit disahkan semakin tenat oleh pihak hospital walaupun sudah banyak mengambil 'ubat ajaib'. Penjual pula mula menjauhkan diri usai habis menangguk di air keruh.

Belum habis disitu, viral juga dakwaan-dakwaan yang seperti berikut:

"Jika mahu berdiet, harus mengikut jenis darah kita"

"Jika anak berdarah O, sedangkan suami berdarah A dan isteri berdarah B, itu tandanya isteri curang"

"Jika mahukan anak berkulit putih, banyakkan minum air soya"

Daripada satu WhatsApp group ke satu lagi group ia dikongsikan. Kitarannya tidak berhenti. Kadang bila diselidik, ianya tidak lebih daripada mesej lama yang dikitar semula.

Paling menyedihkan, sikap masyarakat kita yang kurang gemar membuat semakan sebelum berkongsi dengan orang lain. Akibatnya, ramai yang percaya pada perkara-perkara yang bercanggah dan karut.

Mungkin sudah tiba masanya kita membuka mata. Beritahu pada saudara-mara terutama mereka yang di kampung atau yang kurang akses pada pihak berautoriti. Sudah-sudahlah tertipu, menipu atau ditipu.

root of science

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan harga terbaik

BACA: 5 Mitos Perubatan Yang Sebenarnya Salah

Rujuklah mereka yang pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Jika soal perubatan, doktorlah pakarnya. Jika soal  ubat-ubatan, farmasis dan ahli kimialah pakarnya.

Takkan soalan berkaitan kereta kita tanyakan pada tukang paip pula kan? Nanti lain pula jadinya.

Marilah berfikir panjang sebelum tertipu lagi.