Artikel

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Disambut Dengan Berita Yang Menyedihkan

oleh Asri Yussof pada 25 Aug 2016

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan hari ini disambut dengan berita yang menyedihkan apabila 15 bandar di Perancis mengharamkan pemakaian ‘burkini’ berikutan kebimbangan orang ramai berikutan serangan pengganas baru-baru ini.

 French police make woman remove clothing on Nice beach following burkini ban

Memetik dari The Guardian, polis di Perancis memberi arahan kepada wanita yang memakai ‘burkini’ di Pantai Nice untuk tidak memakainya berikutan pergharaman keatas burkini di sana.

Aheda Zanetti

Aheda Zanetti, pereka fesyen wanita muslim dari Australia, yang mempunyai keturunan dari Lubnan berkongsi rasa tidak puas hati beliau di The Guardian terhadap isu ‘burkini’ yang diciptakan beliau adalah untuk memberikan kebebasan kepada wanita dan bukan untuk merampaskan hak kebebasan mereka bagi melakukan aktiviti di luar rumah.

Di Perancis, burkini dilihat sebagai pakaian yang lahir dari agama Islam dan untuk wanita Islam, namun Aheda Zanetti menafikan hal ini dengan membidas kembali,

“Sukan adalah begitu penting, dan kami Australia! Saya mahu melakukan sesuatu yang positif - dan sesiapa sahaja boleh memakai ini, Kristian, Yahudi, Hindu. Ia juga pakaian yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kanser kulit, atau seorang ibu yang tidak mahu memakai bikini, ia tidak melambangkan Islam.”

Burkini

Tambah beliau lagi,

“Apabila saya menamakannya dengan ‘burkini’ saya tidak rasa ia adalah burqa (seperti yang dipakai oleh wanita di Afghanistan atau Yaman) untuk dipakai di pantai sahaja. Burkini hanya perkataan yang diciptakan oleh saya supaya ia mempunyai nama yang pendek dan mudah disebut. Saya dibesarkan di Australia dan saya juga adalah Muslim, sepanjang hidup saya, saya hendak mereka baju renang untuk wanita yang menutup aurat.

Burqa

“Burqa tidak melambangkan apa-apa di sini, malah ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan agama kita tidak meminta kita untuk menutup muka kita, ia adalah pilihan individu.

Burqa digambarkan sebagai sejenis pakaian atau sejenis kot yang menutup badan. Burkini adalah nama dari gabungan dua budaya - Burqa dan Bikini, jadi saya menggabungkan kedua-dua menjadi Burkini”

Hari Wanita Kebangsaan

25 Ogos 2016 adalah hari untuk meraikan Hari Wanita Kebangsaan. Tema “Sepadu Usaha Tiada Wanita Ketinggalan” dipilih bagi meraikan hari yang begitu bermakna buat semua wanita pada di seluruh Malaysia pada hari ini.

Apapun, Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita di Malaysia. Malala Yousafzai menitipkan kata-kata keramat buat wanita, gadis, dan perempuan;

“Kepada semua gadis yang pernah berdepan dengan ketidakadilan dan terpaksa berdiam diri. Bersama-sama kita akan bersuara.”

Buku Malala Yousafzai boleh didapati di Bookcafe dengan diskaun berganda sempena Merdeka Sale. Klik di sini.

Malala Yousafzai

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024