Artikel

“Saya Gagal Cikgu, Ada 1 Sahaja Yang Lulus. ”

oleh Cikgu Farah pada 17 Nov 2016

Dia datang jumpa di bilik guru sebab kelas penuh hari ni. Cikgu Farah (Aku) tak dapat turun ke dewan semasa pengumuman keputusan.

Kertas keputusan UPSR sudah separuh renyuk digenggamnya. Mata masih merah. Aku pasti dia menangis sebelum jumpa aku tadi.

upsr

“Saya Gagal Cikgu, Ada 1 Sahaja Yang Lulus. “

Its ok,my dear. UPSR je. Cikgu pun pernah menangis. Yelah, tengok kawan seangkatan naik pentas ambil result 5A UPSR.

Belum lagi menangis tengok usaha bonda, Azimah Hashim yang bersungguh nak aku masuk MRSM dulu. Sahla kena tolak sebab tak layak.

“Pity me but then I’m blessed.”

Walaupun dengan keputusan itu, masih ada keluarga yang terus sokong. Alhamdulillah.

Pergilah di sekolah mana pun selepas ini, ia tetap bergantung pada usaha kita. Keputusan peperiksaan bukan penentu kejayaan.

Apa yang penting selepas itu, usaha dan serahkan semuanya pada Dia. Dia Maha Melihat, dia akan balas setimpal apa kita usaha.

Moga Allah beri kekuatan & kelapangan hati pada kamu, nak. Rezeki setiap orang berbeza. Moga Dia selalu jaga kamu.

Percaya. Jangan berhenti.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024