Artikel

Sayangi Dirimu: Reda #2: Pintu Hati

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 23 Jun 2014

Reda #2: Pintu Hati menceritakan tentang seorang remaja lelaki bernama Reda, yang sudah jauh hanyut dibuai keseronokan bersama kawan-kawannya dalam melakukan kejahatan.

Reda sering tidak hadir ke sekolah dan mengisi masanya dengan melepak bersama kawan-kawan. Ekoran daripada itu, Reda mula terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merompak rumah dan mencuri motosikal.

Seorang gadis yang bernama Nadrah merupakan cahaya hidup Reda selain daripada ibunya.  

Mampukah Nadrah membawa Reda keluar dari jalan yang sudah terpesong? Kisah selanjutnya hanya akan diketahui dalam novel Reda #2: Pintu Hati.

Cerita ini mempunyai pelbagai iktibar yang boleh diikuti.Penulis novel grafik ini, iaitu Ben Wong merupakan rakyat Malaysia yang pertama dinobatkan sebagai pemenang ulung dalam International Manga Award 2007.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024