Artikel

Sebelum Mengajar, Kena Tahu Caranya Dahulu, Pesanan Untuk Ibu Bapa

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 20 Jun 2016

Siapa yang pernah menonton filem Redha, pasti akan tersentuh hati. Filem garapan Tunku Mona Riza ini diinspirasikan daripada kisah benar.

Ia menceritakan tentang kehidupan ibu bapa yang membesarkan anaknya yang menghidap autisme.

Tidak semua ibu bapa (atau sesiapa pun) yang mampu menerima seadanya insan istimewa ini, namun kenyataan harus dihadapi dengan tabah dan pasrah.

Melalui filem ini, anak mereka menghadapi kesukaran berkomunikasi dan terlalu aktif.

Atas inisiatif sendiri dengan bantuan dan nasihat daripada pakar, tingkah laku si anak berjaya dikawal.

Bahkan, anak mereka dilihat mampu melakukan perbuatan asas seperti menggosok gigi dengan bantuan gambar yang dilekatkan di sinki bilik air.

Tahniah diucapkan kepada ibu bapa si anak istimewa ini!

Begitulah apa yang perlu ada dalam diri dua insan yang bergelar ayah dan ibu. Seorang ayah dan ibu tidak boleh jemu mengajarkan pelbagai ilmu kepada anak mereka dengan pelbagai cara dan warna pula.

Secara umum diketahui, manusia dilahirkan dengan beberapa deria. Pancaindera pula berfungsi sebagai penentu kepada tindak balas dan keputusan manusia.

Anak-anak banyak belajar melalui perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Secara ringkasnya, mereka belajar melalui tiga deria utama: penglihatan, pendengaran, dan sentuhan.

Tiga deria utama inilah yang merangsang minda mereka untuk mengingat dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, kita selaku ibu bapa perlu peka dengan cara pembelajaran anak-anak. Adalah lebih baik untuk kita mengenalpasti deria belajar mereka.

Ini menjadikan ibu bapa lebih peka dengan perkembangan anak-anak mengikut umur.

Kebiasaannya, anak lelaki lebih cenderung untuk belajar melalui sentuhan. Manakala anak perempuan pula cenderung untuk belajar melalui pendengaran.

Bagaimana mahu tahu kecenderungan deria belajar anak kita? Silakan ibu bapa cari bersama, ya!

Sebenarnya, ini adalah salah satu daripada 365 Tip Mendidik Anak Menjadi Soleh Solehah, tulisan Ustazah Isfadiah Mhd Dasuki terbitan PTS Publishing House.

Sebelum mendapatkan buku ini, renungkan dulu pepatah ini

“Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024