Artikel

Selepas 2007, 2009, Komik Budak Takraw Diterbitkan Lagi Pada Tahun 2017 Dengan Wajah Baru

oleh Sarah Humaira pada 12 Sep 2017

Tahniah kepada Team Malaysia dalam Sukan SEA diatas kejayaan meraih pingat emas baru-baru ini. Pasukan sepak takraw Malaysia juga berjaya hingga ke akhirnya. Orang Korea kata, Daebak. Boboiboy kata Terbaik!

Budak Takraw- Skuad Baru 2017 yang berpenampilan baharu dengan peningkatan dari segi grafik dan ilustrasi memberi memori yang indah kepada mereka yang pernah membacanya sebelum ini dan juga memberi keghairahan untuk pembaca baru mendapatkannya.

komik budak takraw

Sedikit trivia, Budak Takraw pertama sekali diterbitkan adalah pada tahun 2007 oleh anak syarikat PTS, iaitu PTS One. Pada ketika itu, Komik-M belum lagi ditubuhkan.

Kemudian, Budak Takraw diterbitkan kali kedua sebagai Budak Takraw #1 pada tahun 2009 di bawah label Komik-M yang ditubuhkan pada tahun 2008. Manakala Budak Takraw #2 pula diterbitkan pada 2010.

Dengan suntingan, susun atur dan kemasan lukisan yang dinaik taraf dan dikemas kini dengan lebih baik, komik Budak Takraw- Skuad Baru diterbitkan sekali lagi. Alhamdulillah

Jalan cerita yang menarik berkaitan 4 orang pelajar sekolah menengah yang mempunyai watak berlainan tetapi memiliki misi yang sama untuk menubuhkan sebuah kelab sepak takraw di sekolah mereka.

Rizal merupakan pelajar kampung yang tidak berfikir tentang cita-cita, hingga suatu masa dia dipertemukan dengan seorang budak lelaki bandar yang baru sahaja berpindah ke kampung bernama Azman. Azman seorang yang pendiam tetapi memiliki kemahiran yang bagus berkenaan sepak takraw. Dari situ cita-cita Rizal terwujud.

Sarah pula seorang pengawas sekolah yang selalu mendenda Rizal dan Azman tetapi dia mempunyai hati yang baik untuk menolong mereka. Dan Ali, dia seorang pelajar yang bermasalah di sekolah tetapi tiada siapa yang tahu bahawa Ali juga sama seperti Azman. Dia hebat dalam permainan sepak takraw.

budak takraw

Klik di sini untuk membeli komik Budak Takraw

MENARIK: Mungkin anda rasa komik ini biasa, tetapi saya rasa sentap habis.

MENARIK: Imbas kulit buku menggunakan aplikasi baru MISI untuk tonton animasi pendek

Terdapat beberapa konflik yang harus mereka hadapi demi menjayakan misi mereka. Ianya bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan dan komited dalam usaha meraih kejayaan tersebut. Tetapi kalah sekali bukan bermakna kalah untuk selamanya.

Nak tahu macam mana perjalanan pelajar-pelajar sekolah menengah ini dalam mengharungi cabaran mereka? Dapatkan segera komik Budak Takraw- Skuad Baru. Bukan sekadar komik, ianya juga mengajar kita untuk stay commited dan meningkatkan self esteem.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024